Feeds:
Posts
Comments

Reception Yusri & Marsita

 

 

Ade sorang member aku yang sangat berbakat, bukan pandai ambik gambar je..macam-macam dea boleh buat sebenarnyer..so dgn nie aku berharap korang dpt mengundi dea untuk merealisasikan impian dea berlakon dengan pelakon peberet dea..

apep

korang tak percaya ? tgk dea berlakon kat SINI

ingin lebih mengenali sang dea clik SINI plak k.

Fuad & Yasmin couple yg happening..walaupon hujan mlm tu, event dorang tetap meriah gile..tgk jela gelagat makcik2 dorang niee siap perform khas untuk pengantin..

Last week dari kl aku bergerak ke penang utk shoot cikgu (pasangan mempelai) lepas habis jek shoot terus bergegas balik kl, sebab esok nyer pulak ade shoot kat kg pengantin setapak..hari nie pulak aku demam dah masuk 2 hari..tak tau kenape tiba2 antibodi aku nie tk kuat, sebab jarang sekali dapat demam niee..so aku harap semua kawan2 kat luar tu jaga kesihatan, sebab sekarang nie musim tk tentu..kejap hujan, kejap panas, kejap jerebu, kejap-kejap lapar..so macam-macam la hal nyer.

FUAD & YASMIN – Kg Pengantin Setapak

Cikgu Yang & Azri – Penang


Ohh Ibu .

Banyak kali penah kita dengar mengatakan seorang ibu boleh menjaga sepuluh anak, tapi seorang anak belum tentu lagi boleh menjaga seorang ibu..Sempena hari ibu nie aku nak ucapkan kan kat mak aku terima kasih, kerana telah banyak bekorban masa, tenaga, wang ringgit dan byk lagi untuk membesarkan aku nie..walaupon aku nie banyak menyusahkan dari menyenangkan, sebab aku nie degil kot..Aku menyeru kepada anak-anak diluar sana marilah kita menghargai jasa ibu kita yang telah membesarkan kita, tak kira lah korang nie anak yang alim, anak yg setan ataupon anak ayam ..marilah sama-sama menghargai jasa ibu kita sebelum terlambat.

I LOVE YOU MAK ! !

Ya Allah

Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa’at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu… .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin.